Kekerasan Polis Punca Kematian Dharmendran - EAIC

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 1:30 PM

Yaacob Md Sam.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati penggunaan kekerasan fizikal oleh pihak polis antara punca kematian tahanan N Dharmendran pada 2013.

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam semasa menyerahkan dapatan siasatan berhubung kematian Dharmendran semasa dalam tahanan polis berkata, anggota polis turut didapati membuat catatan palsu dalam diari lokap dan mengubah masa kemasukan.

"Suruhanjaya mendapati kematian N. Dharmendran pada 21 Mei 2013 disebabkan penggunaan kekerasan oleh pihak polis.

"Bukti pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa pada 22 Mei 2013 mendedahkan punca kematian disebabkan 'diffuse soft tissue due to multiple blunt force trauma'," kata Yaacob dalam sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata terdapat 52 kesan lebam ditemui di badan mangsa yang disebabkan objek tumpul yang menyumbang kepada kehilangan banyak darah sehingga menyebabkan kejutan hypovolemic.

Menurut Yaacob, dawai kokot yang tertanam di kedua-dua telinga Dharmendran yang dipercayai dilakukan semasa mangsa masih hidup turut ditemui.



Tags / Kata Kunci: Yaacob Md Sam , EAIC , tahanan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan