27 Ditahan Selepas Majlis Anugerah Pingat Naning Di Pulau Sebang

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 11:26 PM

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din (tiga kiri) bersama Timbalannya Datuk Ruslan Hasan (dua kiri) menunjukan belbagai alat serta bintang kebesaran yang dirampas pada sidang media mengenai tangkapan dan rampasan bintang kebesaran Naning, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Melaka, Khamis. 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Melaka menahan 27 individu termasuk seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai 'Datuk Naning' selepas majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran Naning di sebuah kediaman di Taman Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini, Rabu.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata mereka yang terdiri daripada tiga wanita dan 24 lelaki berusia 20 hingga 62 tahun itu ditahan selepas satu 'majlis makan malam' sempena penganugerahan tersebut dalam Op Naning di sebuah resort di Alor Gajah di sini kira-kira 11.30 malam tadi.

Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung penganugerahan yang berlangsung pada sebelah pagi itu kira-kira 4.30 petang sebelum satu laporan polis dibuat kepada Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A Asmadi Abdul Aziz kira-kira dua jam kemudian.

"Laporan itu dibuat kerana penganugerahan itu disyaki ada penyamaran yang menyebabkan tipu daya muslihat yang disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan cara penyamaran.

"Bagaimanapun kesemua yang ditahan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan mereka dirakam. Siasatan lanjut akan diteruskan dan kita akan segera melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Mengulas lanjut, Ramli berkata sebanyak sembilan pingat dan darjah kebesaran ditawarkan kepada 47 penerima pada majlis penganugerahan tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Melaka seperti peniaga, suri rumah dan pesara.

Beliau berkata pingat dan darjah yang ditawarkan adalah dua Darjah Kerabat Undang Naning yang membawa gelaran Datuk Paduka Seri Diraja, satu Darjah Kebesaran Naning Melaka (Datuk Paduka Seri Perkasa Diraja) dan tiga Darjah Kerabat Setia Naning (Datuk Paduka Seri Setia Diraja).

Pingat dan darjah lain ialah enam Darjah Paduka Pepatih Naning (Datuk Paduka Seri), empat Darjah Paduka Setia Naning (Datuk Paduka Setia), tiga Darjah Paduka Naning Melaka (Datuk Paduka), satu Darjah Seri Naning Melaka (Datuk Seri), 14 Darjah Jaksa Naning Melaka (Datuk Jaksa) dan 13 Datuk Kehormat Bakti Naning (Datuk).

"Pingat dan darjah kebesaran ini tidak diiktiraf kerajaan negeri dan juga persekutuan. Mereka yang terdiri daripada anggota keluarga dan keturunan ini hanya dibenarkan melakukan adat dan budaya di kawasan mereka dan bukan untuk memberi pingat," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai alat kebesaran, pingat, selempang, songkok, tengkolok dan watikah daripada individu yang ditahan yang berakhir kira-kira 6 pagi itu.
Tags / Kata Kunci: Datuk Naning , anugerah pingat , Op Naning

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan