Mayat Ditemui Terapung Di Pulau Perhentian

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 7:49 PM

Gambar hiasan Pulau Perhentian.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis meminta orang ramai yang mengenali mayat yang ditemui terapung di laut berhampiran Perhentian Island Resort dekat Pulau Perhentian Besar tampil membuat laporan.  

Ketua Polis Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mayat lelaki yang dipercayai bangsa Cina itu ditemui terapung oleh seorang pemandu bot di kawasan kira-kira 300 meter dari pantai, kira-kira pukul 11.50 pagi. 

Katanya, mayat berkenaan telah dibawa ke Klinik Desa Pulau Perhentian Kecil tetapi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan masih berpakaian renang semasa ditemui. 

"Pemeriksaan awal ke atas mayat didapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang boleh disabitkan dengan kematiannya", katanya kepada media pada Rabu.  

Menurut Mohd Zamri, polis masih berusaha mengesan identiti mangsa dengan membuat pemeriksaan di setiap resort dan chalet di Pulau Perhentian. 

Mayat telah dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mayat terapung , Pulau Perhentian

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan