Bilik Fail Di IPD Kuala Terengganu Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 10:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebuah bilik yang menempatkan fail dan dokumen lama di Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam Isnin.

Kejadian pukul 10.15 malam itu memusnahkan hampir 80 peratus bilik tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata kejadian  disedari beberapa pegawai dan anggota yang sedang bertugas selepas mereka terhidu bau asap yang turut diikuti lampu di blok berkenaan terpadam.

"Bilik berkenaan sentiasa digunakan oleh anggota cawangan tersebut.Kebakaran dapat dikawal dengan pantas daripada merebak ke stor simpanan senjata yang terletak berhampiran bilik berkenaan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata berikutan bekalan elektrik terputus, pihaknya turut memindahkan 58 Orang Kena Tuduh (OKT) termasuk tiga tahanan wanita ke Balai Polis Gong Badak.


Bilik yang terbakar itu terletak kira-kira 30 meter daripada lokap IPD tersebut.

Idris berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Sementara itu Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim berkata apabila pihaknya tiba, api sedang marak di bilik berkenaan yang terletak di tingkat bawah daripada bangunan dua tingkat.

Punca kejadian dan masih disiasat, katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan