SPRM Kelantan Tahan Lelaki Bangladesh Cuba Rasuah Polis

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga Bangladesh selepas cuba menyogok seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, Jumaat lepas.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu menawarkan sejumlah RM400 kepada pegawai polis berkenaan bagi membebaskan dua rakannya yang ditahan pasukan keselamatan pada hari sama.

"Berikutan itu, pegawai polis berkenaan kemudiannya menangkap lelaki warga asing tersebut sebelum menyerahkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Suspek akan didakwa di mahkamah selepas SPRM menyiapkan kertas pertuduhan terhadapnya," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Moh Shamsudin turut memuji tindakan pegawai polis berkenaan dan wajar dijadikan contoh oleh semua kakitangan kerajaan.

"Moga tindakan murni ini menjadi pengajaran kepada kita semua bagi memastikan tiada gejala rasuah dalam kalangan kita semua," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dua kontraktor yang ditahan SPRM baru-baru ini yang dipercayai terlibat dalam tuntutan palsu berjumlah antara RM170,000 hingga RM380,000, dibebaskan dengan jaminan agensi itu, Khamis lalu.

Katanya SPRM sedang melengkapkan siasatan dengan beberapa lagi saksi mungkin akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Selasa lepas, Moh Shamsudin berkata agensi itu menahan dua lelaki berumur lingkungan 30-an kerana disyaki mengemukakan laporan tawaran kerja palsu untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan.-- Bernama 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan