Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Wartawan Malaysiakini

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Sarawak pada Ahad mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan portal berhubung laporan berita yang dikatakan mampu mengganggu ketenteraman awam di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Enam laporan polis telah diterima di Sibu berkenaan laporan berita yang dikatakan telah ditulis oleh seorang wartawan portal berita berkenaan.

"Kita akan memanggil wartawan berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut," katanya.

Wartawan itu menulis berita bertajuk 'Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak' yang dipetik di luar konteks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee di Sibu.

Laporan berita Malaysiakini itu menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kemarahan rakyat Sarawak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysiakini , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan