Rumah Persinggahan Zaquan Adha Dipecah Masuk

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 6:01 PM

Zaquan Adha (kiri) bersama isteri, Ayu Raudhah.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Rumah persinggahan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Zaquan Adha Abd Razak di Taman Bukit Dahlia, Seri Alam, dekat Pasir Gudang di sini dipecah masuk pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.20 petang Jumaat daripada polis peronda yang menjalankan tugas di kawasan berkenaan.  

"Hasil siasatan mendapati suspek telah masuk dengan cara mengumpil tingkap bahagian dapur rumah iaitu di bahagian belakang rumah yang mengadap lorong belakang," kata beliau menerusi satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata, rumah pemain bola sepak itu tidak mempunyai grill dan tiada kawalan kamera litar tertutup (CCTV). 

"Jumlah kerugian serta barang yang hilang belum pasti kerana Zaquan masih berada di Sabah bersama Team JDT II untuk perlawanan bolasepak Liga Perdana," kata beliau. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Zaquan Adha

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan