Pemuda Parah Telefon Bimbit Dicaj Meletup

Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 9:17 PM

Muhammad Syawal Md Isa mendapat rawatan di hospital. Foto The Star

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pemuda cedera parah apabila telefon bimbitnya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup ketika dia mahu menjawab panggilan pada awal pagi Sabtu.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, lelaki berumur 28 tersebut dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira pukul 4.40 pagi.

"Rawatan awal diberikan kepadanya, namun disebabkan beliau perlu diberi rawatan pakar, maka beliau telah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dimasukkan ke wad oftamologi untuk rawatan pada mata dan turut mendapati kecederaan pada telinga kanan.

"Mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan serta luka pada kornea mata kanan selain terdapat bendasing di dalam matanya. 

"Juga terdapat pendarahan pada telinga kanan dengan kesan gegendang telinganya pecah dipercayai akibat kesan letupan tersebut," kata Dr Norhizan.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di bawah pakar oftamologi, pakar bedah serta pakar telinga, hidung dan tekak.

Beliau berkata, mangsa dirancang untuk dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor bagi pemeriksaan lanjut pada kornea mata.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syawal Md Isa dari Kampung Titi Serong, Jalan Dulang, Yan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: telefon bimbit

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan