Tahanan Diberkas Semula Selepas Dua Hari Melarikan Diri

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Seorang tahanan yang meloloskan diri daripada pengawasan polis sejak dua hari lalu berjaya diberkas semula hari ini, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman.

Beliau berkata suspek lelaki berumur 30 tahun itu ditangkap kira-kira 1.45 pagi tadi di tepi jalan besar Kampung Dendang, Dungun.

"Suspek ditemukan dalam keadaan lemah dan sedang keluar dari kawasan belukar manakala pakaian lokap telah ditukar dengan memakai T-Shirt dan seluar jeans," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Jumaat.

Rabu lepas, suspek ditahan kerana dipercayai terbabit kes curi kenderaan, meloloskan diri sebaik gari dibuka untuk proses rakaman cap jari di bilik Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS) kira-kira 9.40 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.

Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dipandu seorang lelaki dan polis kemudian menahan lelaki itu dan isterinya di sebuah inap desa di Bukit Besi, Dungun, kira-kira 5 petang dan seorang pengusaha bengkel pada hari sama,  dipercayai bersubahat membantu suspek melarikan diri.

Hussin berkata operasi mengesan suspek dilakukan secara besar-besaran membabitkan 100 kekuatan termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Anjing Pengesan, Rela dan penduduk kampung.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan