Polis Patahkan Penganjuran Pesta Ganja 420 Di Dungun

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 6:22 PM

Mantan Ketua Polis Besut ACP Khaled Che Lah (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Ketua Polis Besut yang baharu, Pemangku Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (kanan) dan diperhatikan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Abdul Rahman di Majlis Serah Terima Tugas di IPD Besut pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BESUT:  Polis berjaya mematahkan kegiatan tidak bermoral sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pesta ganja yang lebih dikenali Pesta 420 di Pantai Teluk Gadong, Dungun pada Rabu.

Pesta ganja itu berjaya dihentikan selepas empat orang lelaki berusia antara18 hingga 27 ditahan di sebuah wakaf berhampiran kawasan rekreasi terbabit kira-kira pukul 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata polis turut mendapat maklumat penganjuran pesta itu selepas ia tersebar di laman sosial sejak 12 April lalu.

"Semasa serbuan dilakukan dua suspek memakai baju yang bertulis 'DAMAI' dan hasil pemeriksaan lanjut membawa penemuan 13 batang rokok gulung yang dipercayai berisi daun ganja dan satu paket plastik gula-gula yang mengandungi ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis sama.

"Ganja yang dirampas adalah seberat 22.3 gram yang dianggarkan bernilai RM250," katanya kepada pemberita selepas upacara majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Besut yang baharu, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi di Dewan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Khamis.

Rosli berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan dadah berkenaan diperoleh dari luar daerah itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain Rosli berkata pihaknya masih meneruskan pemantauan pesta "Full Moon Beach Party" yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian pada Rabu.

Katanya hasil pemantauan selama dua hari yang dilaksanakan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak mengesan sebarang aktiviti seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sebelum ini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pesta Ganja 420 , Teluk Gadong

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan