Empat Kedai Dan Empat Kereta Hangus Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Empat kedai sederet dan empat kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Banggol, Kampung Banggol di sini, Rabu malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohamad berkata kejadian pukul 8.20 malam itu memusnahkan dua kedai makan, sebuah kedai pakaian terpakai dan sebuah bengkel membaiki kenderaan.

Tiga buah kereta yang hangus itu dari bengkel membaiki kenderaan manakala sebuah lagi milik peniaga kedai makan.

"Tiada kecederaan dilaporkan manakala punca kebakaran dalam siasatan.

Anggaran kerugian RM500,000," katanya kepada pemberita di sini.

Hanaffi berkata 28 anggota bomba bersama lima jentera termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang dan Rantau Panjang terlibat mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut daripada merebak ke bangunan berhampiran.

Seorang pemilik kedai makan, Zubaya Husien, 30, berkata ketika kejadian beliau berada di bahagian dapur kedainya untuk menyediakan juadah yang ditempah pelanggan.

"Ketika itu saya sedang memasak makanan yang ditempah oleh pelanggan dan tiba-tiba melihat pekerja saya yang berada di luar kedai meluru masuk memaklumkan terdapat kebakaran," katanya yang segera menyelamatkan diri bersama pekerjanya dan pelanggan.

Beliau mendakwa kebakaran tersebut menyebabkan beliau kerugian lebih RM10,000 setelah dua tahun berniaga di kedai itu.

Pemilik bengkel membaiki kenderaan, Mohd Tarmizi Zakaria, 34, berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya di Machang selepas menutup perniagaan pukul 6.30 petang.

"Saya terkejut selepas mendapat panggilan daripada rakan memberitahu bengkel saya terlibat dalam kebakaran sehingga saya terpaksa membatalkan rancangan untuk membawa seorang anak ke klinik," katanya.

Katanya sebaik tiba di lokasi, beliau melihat tiga kereta yang ditinggalkan pelanggan untuk dibaiki telah hangus.

Mohd Tarmizi menjalankan perniagaan membaiki kereta sejak 10 tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Tanah Merah , Kelantan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan