Tiga Anggota Polis Disiasat Selepas Tahanan Lolos

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 10:05 PM

Rosli Ab Rahman menunjukkan gambar Muhammad Alauddin Hasan yang melarikan diri daripada tahanan sewaktu proses rakaman cap jarinya di Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS) Balai Polis Hulu Terengganu pada Rabu: Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BESUT: Tiga anggota polis disiasat berhubung dua tahanan yang meloloskan diri daripada pengawasan polis dalam kejadian berasingan di Hulu Terengganu dan Kemaman pada Rabu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata dua anggota berkenaan ialah anggota pengiring yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan seorang lagi dari IPD Hulu Terengganu.

Katanya pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek termasuk jika berlaku kecuaian.

"Siasatan masih dijalankan merangkumi semua sudut dan kita tidak akan berkrompromi jika didapati bersalah, tindakan tatatertib juga akan dikenakan,"katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Besut pada Khamis.

Pada Rabu, dua tahanan meloloskan diri dari pengawasan polis ketika dibawa ke Mahkamah Kemaman dan IPD Hulu Terengganu.

Suspek, Mohd Alaudin Hasan, 30, yang dipercayai terbabit dalam kes curi kenderaan, meloloskan diri sebaik gari dibuka untuk proses rakaman cap jari di bilik Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS) kira-kira 9.40 pagi.

Sementara itu, 10 minit sebelum insiden itu, seorang lagi suspek kes ragut dan dadah berusia 28 tahun turut melarikan diri semasa turun dari lori polis diperkarangan Mahkamah Majistret, Kemaman, pada 9.30 pagi.

Semasa proses menurunkan kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) dari kenderaan polis untuk dibawa ke lokap mahkamah, suspek dalam keadaan bergari melepaskan diri dan berlari ke arah bandar Chukai, katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas hampir enam jam menyembunyikan diri, suspek tampil bersama kakaknya ke IPD Kemaman untuk menyerah diri pada 3.10 petang.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Tahanan Lolos , Kemaman

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan