Suspek Utama Kes Bunuh Di Sitiawan Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

MANJUNG: Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan seorang pemilik kedai jahit di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek berumur 45 tahun ditahan di Kampung Cina, Sitiawan di sini, kira-kira pukul 2 petang Selasa.

"Polis turut merampas sebilah pisau bersama suspek. Suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa dan saya percaya terdapat masalah keluarga di antara mereka," katanya ketika dihubungi Rabu.

Katanya suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, namun setakat ini tempoh reman belum diketahui lagi.
Dalam kejadian pukul 9 pagi semalam, Ling Choo Mooi, 59, mati dibunuh selepas lehernya dikelar di kedai jahit miliknya di Jalan Muhamad, Sitiawan di sini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan