Sindiket Teroka 7,284 Hektar Tanah Hutan Simpan Kekal Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Perhutanan Kelantan mendapati 7,284 hektar tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini diteroka secara haram oleh sindiket sebelum tanah terbabit dijual secara lot kepada orang ramai.

Pengarahnya Zahari Ibrahim berkata daerah yang terjejas teruk adalah di Gua Musang melibatkan keluasan 3,840 hektar dengan 404 hektar daripadanya adalah HSK Ulu Galas dan HSK Batu Papan.

Dalam operasi dilakukan sepasukan 34 anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Kelantan semalam, mendapati penerokaan dua kawasan HSK terbabit didalangi sindiket yang diketuai individu berasal dari Pahang dan Terengganu, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.

Zahari berkata sindiket itu menipu orang ramai dengan mendakwa penerokaan kawasan terbabit mendapat kelulusan daripada pihak Istana Kelantan.

"Melalui risikan dan maklumat awal kita dapati sindiket ini menggunakan nama kerabat (diraja) untuk menipu orang ramai dengan alasan ada kelulusan untuk pembukaan perkampungan di Hutan Simpan Kekal Ulu Galas," katanya.

Zahari berkata, dalam operasi terbabit pihaknya menyita jentera dan peralatan untuk membuka kebun, ladang getah dan kelapa sawit secara haram serta menahan tiga penduduk tempatan yang berada di kawasan HSK Ulu Galas.

Kesemua suspek terbabit akan didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan mereka juga didapati melanggar Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara sehingga lima tahun, katanya.

Zahari berkata operasi berkenaan adalah antara beberapa siri penguatkuasaan jabatan itu yang dirancang khusus untuk membanteras aktiviti pencerobohan hutan simpan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Operasi kali ini menyasarkan kawasan `hotspot' yang dipercayai bergiat aktif menggunakan nama pihak istana bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai, katanya.

"Hasil siasatan, kita dapati Pejabat Hutan Kelantan Selatan Gua Musang sudah beberapa kali membuat serbuan tetapi modus operandi peneroka haram sentiasa berubah bagi mengelak dicekup serta masih berdegil meskipun sudah beberapa kali ditahan dan peralatan disita," katanya.

Katanya, pihaknya dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras kegiatan sindiket berkenaan.

Sementara itu, Zahari mengingatkan orang ramai bahawa HSK adalah kawasan tertutup dan orang ramai dilarang menerokainya.-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Hutan Simpan Kekal , Kelantan , Ulu Galas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan