Polis Terus Pantau Pesta Full Moon Di Pulau Perhentian

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Pesta 'liar' "Full Moon Beach Party" yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian, Selasa, seperti yang tersebar luas di laman sosial sebelum ini, gagal diadakan pihak penganjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata menerusi pemantauan pihak polis sepanjang malam semalam, tiada sebarang parti diadakan di kawasan yang didakwa iaitu di Pantai Pasir Panjang (Long Beach) pulau berkenaan.

Bagaimanapun katanya pihak berkuasa masih melakukan pemantauan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Daerah Besut sehingga tempoh pesta itu dijadualkan berakhir hari ini.

"Hasil pemantauan yang dilakukan sepanjang malam tadi tiada aktiviti seperti yang tersebar di laman sosial tetapi kita masih menempatkan anggota dan pegawai di kawasan terbabit bagi memastikan aktiviti tersebut benar-benar tidak berlaku," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan tapak pesta dan di sepanjang pulau berkenaan mendapati para pelancong asing dan tempatan meneruskan aktiviti seperti biasa.

Pesta Full Moon Beach Party itu yang penganjurannya dijadualkan semalam dan hari ini dikatakan mendapat sambutan ramai termasuk golongan remaja beragama Islam selepas ia disebarkan di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp beberapa hari lepas.

Penganjuran parti itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kerana dikhuatiri membawa pengaruh negatif kepada penduduk setempat.

Parti itu turut mendapat bantahan penduduk pulau berkenaan dan menyokong tindakan pihak berkuasa yang melakukan pencegahan, rondaan dan pemantauan awal bagi mengekang pesta itu daripada terus berlangsung.

Imam Masjid Pulau Perhentian, Ibrahim Ahmad, 58, berkata penganjuran pesta seperti ini adalah dikesali dan ia sepatutnya tidak wajar diadakan kerana ia akan memberikan imej negatif dan mengundang pelbagai persepsi.

"Kita kesal dengan penganjuran seperti ini kerana majoriti penduduk di sini beragama Islam dan orang Melayu dan tidak sesuai dilakukan di sini. Kami hanya mengetahui perkara ini melalui media dan laman sosial jadi kita harap perkara sebegini tidak berlaku di pulau ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan