Inspektor Polis Direman Bantu Siasatan Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan reman selama tiga hari mulai hari Rabu hingga 22 April bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan wang sebanyak RM3,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan terhadap suspek berusia 32 tahun yang merupakan seorang pegawai pendakwa.

Suspek direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima rasuah.

Suspek ditahan SPRM kira-kira pukul 2.30 petang semalam di dalam kenderaan miliknya di Jalan Damai, Tawau, kerana disyaki menerima rasuah daripada anggota keluarga pengadu bagi membebas dan mengurangkan hukuman berkaitan kesalahan memiliki samurai dan senjata berat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan