Mangsa Dan Suspek Culik Ditemui Sedang Berjalan Tanpa Arah Tujuan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 10:01 AM

Puteri Nur Kyra

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang didakwa diculik oleh seorang wanita warga Indonesia pada Selasa berjalan tanpa arah tuju di Kuala Lumpur ketika mereka ditemui, kata polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata gadis itu ditemui dengan bantuan ahli kariah Masjid Ar-Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

"Suspek juga telah ditahan. Kami telah dimaklumkan mengenai penemuan itu kira-kira pukul 9.30 malam," katanya.

Mohammad Azlin berkata sebelum penangkapan, seorang lelaki melihat kedua-dua mereka berjalan tanpa tuju berhampiran masjid, mendorongnya untuk mengesan dan mengenal pasti siapakah mereka.

"Dia kemudian menghubungi Balai Polis Pantai Baru dan MPV dikerahkan dan pegawai penyiasat segera pergi ke sana," katanya.

Katanya, wanita itu cuba untuk mendaftar masuk ke hotel tetapi tidak berjaya kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

Katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda tertekan dan dilihat mengikut suspek secara sukarela.

"Dia meninggalkan nota untuk keluarganya memberitahu mereka supaya tidak mencarinya kerana mahu pergi berjalan-jalan dengan 'kakak'," katanya.

Mengimbas kembali pengalaman pahit itu, mangsa, Puteri Nur Kyra berkata dia dilayan dengan baik oleh suspek dan diberi sarapan selepas diculik.

"Saya tidak boleh menjelaskannya betul-betul kerana saya masih keliru dengan apa yang berlaku. Saya hanya perlu tidur," katanya, sambil menambah penculiknya juga adalah pelindungan dirinya.

Puteri Nur Kyra akan menjalani pemeriksaan penuh di Hospital Serdang.

Kes itu telah diklasifikasikan sebagai penculikan.

Ketika ditemui di Balai Polis Subang Jaya, bapa kanak-kanak itu berkata, keluarganya bersyukur kerana anaknya ditemui selamat.

"Kami begitu gembira dia selamat ke pangkuan kami," katanya.

Bapanya berkata anak perempuannya itu tidur di dalam bilik yang sama dengan suspek sebelum kejadian itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan