Lelaki Maut Ditembak, Teman Wanita Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut ditembak polis, sementara teman wanitanya bersama dua lagi rakan mereka ditahan di Jalan Kilang 51/A, di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata keempat-empat individu terbabit dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

"Pihak polis telah menerima maklumat berhubung kejadian samun dan curi kereta di kawasan tersebut dan seterusnya menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat rondaan di situ.

Polis kemudian menemui dua buah kenderaan iaitu Proton Perdana dan Honda Stream dan cuba memeriksa kedua-dua kenderaan terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini Rabu.

Katanya semasa pemeriksaan itu, lelaki yang memandu kereta Proton Perdana itu kemudian cuba melarikan diri dan merempuh kenderaan polis termasuk anggota yang bermotosikal.

Mohd Zani berkata, bagi mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu terbabit menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian.

"Anggota polis bermotosikal itu mengalami kecederaan ringan akibat dirempuh kenderaan suspek," katanya.

Menurutnya, teman wanita suspek pula yang berusia awal 20-an dan berada dalam kenderaan sama pula mengalami kecederaan di bahagian tangan dan peha,  dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan, katanya.

Sementara dua rakan mereka yang kedua-duanya lelaki, berada dalam kenderaan Honda Stream pula ditahan selepas itu di lokasi sama.

Katanya berdasarkan siasatan awal ketiga-tiga lelaki berkenaan termasuk yang maut berusia dalam lingkungan 30-an dan mempunyai rekod jenayah lampau.

"Polis turut menemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah di dalam salah sebuah kenderaan itu dan mendapati kedua-dua kenderaan itu adalah kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan