Kedutaan Indonesia Sedang Kenal Pasti Wanita Terlibat Kes Culik

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur masih berusaha untuk mengenal pasti identiti wanita yang didakwa menculik Puteri Nurkyra Izam Abdullah.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata, Kedutaan telah menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari untuk mengesahkan kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Asisten Komisioner Muhammad Azlin, wanita Indonesia itu hanya dikenali sebagai Aziza (Azizah) dan berasal dari Sumatera Utara".

Bagaimanapun Herman berkata, wanita itu tidak mempunyai dokumen yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang warga Indonesia.

Katanya, Kedutaan telah menghantar seorang peguam untuk berhubung dengan pegawai penyiasat bagi kes itu.

"Kami juga akan terus memantau kes itu dan akan bekerjasama dengan polis Malaysia," katanya.

Pada Selasa, kanak-kanak berusia 12 tahun, yang dikenali  Kyra oleh keluarganya, didapati hilang dari rumahnya di SS19 pada pukul 5.30 pagi bersama wanita itu yang hanya dikenali sebagai Azizah.

Mereka kemudiannya ditemui oleh pihak polis dengan bantuan kariah Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur lewat Selasa malam.

Tags / Kata Kunci: wanita indonesia , culik , kanak-kanak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan