Polis Buru Wanita Indonesia Disyaki Culik Budak Perempuan 12 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang didakwa menculik budak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak kepada pasangan di mana suspek tinggal di negara ini.

Kes berkenaan mendapat perhatian media apabila pemilik Facebook, Farah Nilofer Jamaludin memuatnaik gambar Puteri Nurkyra Izam Abdullah dan wanita warga asing itu.

Menerusi laman media sosial itu, ibu bapa Puteri Nurkyra mendapati anak perempuan mereka dan wanita Indonesia itu hilang dari kediaman mereka di SS19, di sini pada 5.30 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlin Sadari mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan mereka.

"Kami meminta semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita Indonesia berusia 20 tahun dan budak perempuan itu supaya segera menghubungi polis," katanya sambil menambah pihaknya telah memaklumkan pihak polis di daerah berhampiran berkaitan kes itu.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai penculikan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi talian 03-20529999 atau ke balai polis berhampiran, selain menghubungi keluarga mangsa, 010-400 7375 (Hazery).




iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan