Tukang Jahit Ditemui Mati Dibunuh Di Sitiawan

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dipercayai dibunuh di kedai miliknya di Jalan Muhamad, di sini Selasa pagi.  

Ling Choo Mooi, 59, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di atas lantai kira-kira 9.30 pagi oleh seorang rakan perniagaannya. 

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mangsa dipercayai mati dibunuh kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan menggunakan senjata tajam pada bahagian leher. 

"Kita masih menyiasat motif pembunuhan dan berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa kita yakin boleh mengenal pasti dan mengesan suspek dipercayai seorang lelaki," katanya kepada pemberita. 

Tengku Mohd Zailan berkata siasatan awal mendapati kes bunuh itu tidak mempunyai unsur-unsur rompakan kerana kesemua barangan peribadi milik mangsa tidak diusik.

Mayat Ling dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk dibedah siasat.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Tukang Jahit , mati dibunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan