Polis Pantau Pesta Full Moon Di Pulau Perhentian

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 4:21 PM

Polis akan memantau sekitar lokasi di pantai Pulau Perhentian di mana Pesta Full Moon akan diadakan pada Selasa malam dan Rabu.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Pihak polis akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat bagi memantau penganjuran pesta "Full Moon Beach Party" yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian pada Selasa dan Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Khaled Che Lah berkata, sehingga kini sebanyak lima laporan berhubung penganjuran pesta itu telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri Umno Besut.

"Kita pantau aktiviti sebegini dan jika benar penganjuran ini berlaku tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang berkenaan," katanya kepada Bernama.

Pesta 'liar' yang didakwa akan diadakan di Long Beach, Pulau Perhentian itu dikatakan mendapat sambutan orang ramai termasuk remaja beragama Islam di pulau itu selepas penganjur membuat publisiti di dalam laman sosial Facebook dengan menawarkan pakej menarik kepada pengunjung.

Khaled dalam pada itu berkata, pihaknya juga telah menjalankan risikan dan siasatan keatas beberapa buah pusat penginapan di kawasan tapak pesta.

"Setakat ini pemilik pusat penginapan tersebut tidak mengetahui penganjuran pesta tersebut...dan tidak mustahil pihak tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan nama beberapa chalet di kawasan tersebut," katanya.

Difahamkan sehingga kini tiada sebarang permit dipohon bagi penganjuran pesta itu daripada Majlis Daerah Besut.--Bernama



Tags / Kata Kunci: Pesta Full Moon , Pulau Perhentian

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan