Tekong Bot Pukat Tunda Dikhuatiri Terjatuh Laut

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang nelayan bot pukat tunda hilang  dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menunda pukat kira-kira tujuh batu nautika daripada tenggara perairan Tanjung Leman dekat Kota Tinggi pada Ahad.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata kejadian berlaku ketika mangsa Chia Swee Lui, 50, yang merupakan tekong bot tersebut dipercayai sedang mengemudi bot manakala tiga orang awak-awaknya yang berusia antara 45 hingga 55 tahun sedang tidur.

"Mangsa bersama awak-awak berkenaan sudah turun ke laut sejak Khamis lepas dan kejadian berlaku ketika bot terbabit sedang dalam perjalanan ke Pulau Sibu, Mersing.

"Menurut awak-awak tersebut, mereka menuju pulau terbabit kira-kira 11 pagi semalam sebelum tertidur dan terjaga kira-kira 2.30 petang. Menyedari kehilangan Chia, mereka kemudiannya memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili pada pukul 4.30 petang semalam," katanya menerusi kenyataan.

Mustafa Kamal berkata gerakan mencari dan menyelamat (SAR) Chia yang berasal dari Ulu Tiram di sini diaktifkan APMM Daerah Maritim Tanjung Sedili pada pukul 5 petang semalam.

Operasi yang menggunakan bot Penggalang 43 dan bot Kilat 16 bagaimanapun operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam ekoran jarak penglihatan yang terhad kerana cuaca gelap dan disambung semula 7 pagi tadi, katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan