Suspek Kes Rogol Kanak-Kanak Ditahan Semula

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis menahan semula suspek kes rogol kanak-kanak berusia empat tahun di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, Sungai Buloh yang dilepaskan oleh dua anggota polis pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata polis memberkas suspek lelaki warga Kemboja itu di sebuah bengkel di Paya Jaras pada pukul 6 petang semalam (Ahad).

 "Ketika ditahan, suspek sedang menyembunyikan diri di bengkel berkenaan namun berjaya ditangkap oleh pasukan polis," katanya dalam sidang media Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Isnin.

Mohd Adnan berkata suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sabtu lepas, dua anggota polis yang didakwa membebaskan suspek dikenakan tindakan tata tertib iaitu tahan kerja serta-merta kerana menjalankan tugas dengan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Dalam kejadian Khamis lalu, kanak-kanak malang itu dikatakan dirogol suspek pada pukul 1.00 pagi sebelum ditangkap orang ramai.

Dua anggota polis yang menaiki kereta peronda kemudian tiba di lokasi tersebut menahan suspek berkenaan dan membawanya ke Balai Polis Sungai Pelong.

Bagaimanapun, dua anggota polis berkenaan dikatakan membuat keputusan membebaskan suspek disebabkan ibu mangsa enggan membuat laporan polis kerana mereka adalah warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Satu laporan polis kemudian dibuat oleh seorang doktor hospital kerajaan pada hari sama setelah memeriksa kanak-kanak itu yang dibawa ibunya untuk menerima rawatan selepas mangsa mengadu sakit pada kemaluan.

Terdahulu, ACP Willey Richard secara rasmi menamatkan tugasnya sebagai Ketua Polis Daerah Kajang dan menyerahkan tugas itu kepada penggantinya ACP Othman Nanyan.

Willey yang berkhidmat sejak Jun 2015 sebagai Ketua Polis Daerah Kajang, menandatangani surat penyerahan tugas bersama Othman, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor sambil disaksikan oleh Mohd Adnan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan