Lima Bom Buatan Sendiri Ditemui Di Apartment Di Damansara Perdana

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih 200 penduduk kondominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumkan terdapat lima butir bom ditemukan dalam sebuah unit kediaman itu pagi Ahad.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Roslan berkata beliau sekeluarga terkejut apabila jirannya memberitahu blok kediaman mereka sedang dikawal dengan ketat oleh pasukan polis serta Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana terdapat bahan letupan.

"Bimbang dengan keselamatan, kami segera membawa keluarga keluar dari rumah dan turun ke tingkat bawah bersama jiran yang lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata serbuan yang dibuat hasil risikan awal itu berjaya menemukan bahan letupan itu dalam sebuah unit di tingkat 17 bangunan berkenaan pada 4.30 pagi tadi.

Dua suspek yang dipercayai warga tempatan bagaimanapun telah meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan polis.

"Hasil pemeriksaan polis di dalam rumah itu terdapat lima butir bom buatan sendiri, bahan-bahan litar elektrik serta belerang yang digunakan untuk membuat bom.

"Polis turut menemukan kotak berwarna hitam berisi sejumlah dadah jenis syabu serta pil ekstasi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Zani berkata semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia bagi kerja memusnahkan semua bom berkenaan.

Beliau berkata motif bahan letupan itu dibuat masih disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan