Lelaki Parah Ditetak Di Restoran Nasi Kandar - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Parah Ditetak Di Restoran Nasi Kandar

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 6:41 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki parah ditetak ketika menunggu rakannya di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Medan Putra 1, Bandar Manjalara, Kepong awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun cedera di lutut kiri dan kanan selepas ditetak tiga lelaki menggunakan parang.

Beliau berkata, mangsa cuba melarikan diri sebaik melihat tiga lelaki keluar dari sebuah kereta jenis Toyota Vios, namun dia terjatuh di hadapan restoran itu sebelum ditetak oleh kumpulan berkenaan.

"Suspek menetak kaki mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri. Mangsa dibantu orang awam dan rakan mangsa yang baru tiba di situ selepas kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Munusamy berkata, mangsa dihantar ke Hospital Selayang dan kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan