Kilang Bekas Telur Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Pemilik sebuah kilang membuat bekas telur di Jalan Dato Keramat, di sini kerugian lebih RM1 juta selepas kilang itu musnah dalam kebakaran pada Ahad.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Pulau Pinang, Nafis Ariff Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.27 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan sebahagian kilang berkeluasan 5,000 meter persegi itu telah musnah. Pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak.

"Api berjaya dikawal dan operasi pemadaman masih diteruskan di bahagian dalam kilang itu sehingga 1 tengah hari," katanya di sini.

Beliau berkata 27 pegawai dan anggota bomba bersama lima jentera dibantu empat Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.

Nafis Ariff berkata tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran itu kerana pekerja berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kejadian berkenaan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Asap tebal dari kebakaran kilang itu boleh dilihat sehingga beberapa kilometer.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Komander Operasi JBP Pulau Pinang, Azmah Laille Abdul Aziz berkata berlaku tumpahan cecair asid hidroklorik di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung, Bayan Lepas dekat sini pada 6.25 pagi ini.

Katanya pihak bomba yang melakukan kerja-kerja pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada sistem paip dari tangki utama bahan berkenaan sebelum bertindak menutup injap tangki bagi mengelak lebih banyak tumpahan.

"Pihak Hazmat (Pasukan Unit Bahan Berbahaya) melakukan kerja pembersihan termasuk mengalirkan asid berkenaan ke kawasan parit luar. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan