Dua Individu Diburu Berhubung Penemuan Bom Di Damansara Perdana

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 7:33 PM

Bahan letupan yang ditemui di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh butir bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pagi Ahad sedang diburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, yang diburu merupakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ah Chong, 37, dan seorang wanita berumur 39 tahun.

"Bertindak atas maklumat polis, serbuan telah dijalankan pada pukul 4.30 pagi tadi di sebuah kondominium di Damansara Perdana untuk menjejaki suspek," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dan pihak polis menemui tujuh butir bom tangan berbentuk mercun bersama alatan eletronik, dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram dan sejumlah pil Eramin 5, katanya.

Pagi Ahad, lebih 200 penduduk kondominium berkenaan digemparkan dengan penemuan bom di sebuah unit kediaman tersebut sebelum semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan bagi dimusnahkan.

Zainuddin berkata, siasatan awal polis mendapati suspek disyaki terlibat dalam kes pukul dan membakar rumah seorang individu di Sri Petaling kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek didapati pergi ke rumah mangsa bagi mencari bekas teman wanitanya yang merupakan warga Vietnam.

"Mangsa yang sedang tidur tersedar dengan kehadiran suspek sebelum diacukan objek menyerupai pistol dan dipukul sehingga pengsan serta tangannya digari.

"Suspek kemudian meletakkan sebuah objek berupa bom di dalam biliknya yang menyebabkan beberapa letupan berlaku yang turut didengari mangsa," katanya.

Zainuddin berkata, letupan itu menyebabkan mangsa melecur di bahu kiri dan luka di tangan kiri akibat digari.

Katanya, mangsa diselamatkan anggota bomba dan polis sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pihak polis menemui sembilan kilogram ketamin dan satu kilogram kokain pada kereta suspek. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan