Dua Mati Ditembak Dalam Pacuan Empat Roda - Berita Jenayah | mStar

Dua Mati Ditembak Dalam Pacuan Empat Roda

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua individu dipercayai ditembak mati dalam satu serangan di jalan Foh Sang kira-kira pukul 8 pagi dekat sini Jumaat.

Difahamkan sebuah penunggang motosikal mendekati kenderaan pacuan empat roda itu sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.

Saksi berkata penunggang motosikal itu melarikan diri sebaik sahaja melepaskan beberapa das tembakan.

Polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.




Tags / Kata Kunci: mati , tembak , Jalan Foh Sang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan