Wanita Rentung Kereta Terbabas Dan Terbakar

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 11:42 AM

Sebuah kereta terbakar menyebabkan seorang wanita didapati rentung dalam kemalangan di KM246.3 Projek Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran plaza tol Pedas-Linggi kira-kira pukul 5 pagi Khamis.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang wanita rentung manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbakar dalam kemalangan di KM246 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Rembau, dekat sini, pagi Khamis.  

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Nurul Aida Ibrahim, 30, yang memandu kereta jenis Perodua Kenari, maut manakala rakannya, Syazila Zailani, 30, cedera parah selepas kenderaan itu hilang kawalan. 

"Berdasarkan siasatan, penumpang yang cedera memaklumkan mereka berdua dari Johor Baharu menuju ke Kuala Lumpur dan apabila sampai di kawasan itu, kereta tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu kemudiannya terbalik dan terbakar. Mangsa sempat selamatkan dirimanakala rakannya tidak dapat keluar dipercayai tersepit. Mangsa yang maut hanya berjaya dikeluarkan anggota bomba setelah api dipadamkan, namun disahkan mautdi tempat kejadian," katanya.

Muhamad Zaki berkata Syazila yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar manakala mangsa yang maut dibawa ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama

Tags / Kata Kunci: wanita rentung , kereta terbabas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan