Dua Anggota Polis Ditahan Reman, Disyaki Terima Rasuah RM9,800

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua anggota polis dari Cawangan Narkotik, masing-masing berpangkat Inspektor dan Koperal, ditahan reman empat hari, bermula Khamis kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM9,800.

Anggota polis berumur 31 dan 37 tahun berkenaan ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Selasa lepas, kira-kira11.50 malam.

Mereka disyaki menerima wang itu daripada seorang pengadu supaya tindakan tidak diambil terhadap pengadu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan dua anggota polis berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Anggota Polis Rasuan , Reman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan