Lelaki Miliki Pistol, 10 Butir Peluru Ditahan Polis

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Gara-gara mengejar dan mengugut seorang pemandu lain, seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menunjukkan sepucuk pistol di pinggangnya bagi meminta bayaran ganti rugi kerosakan keretanya setelah berlaku pergeselan kecil pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek berusia 38 tahun itu telah ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah di dalam perkarangan Lower Club Perak di Bandar Baru Teluk Intan di sini.

Ini berikutan mangsa yang ketakutan kerana diekori telah memandu ke dalam perkarangan Lower Club Perak itu bagi mendapatkan perlindungan dan sempat meminta bantuan abangnya melalui telefon bagi menghubungi pihak polis.

"Bertindak atas laporan, sepasukan polis telah ke tempat kejadian dan menahan suspek di hadapan Lower Perak Club dan hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek telah menjumpai sepucuk pistol jenis Colt model .45 bersama 10 butir peluru tanpa lesen dan permit.

"Selain itu, kita turut merampas sejumlah wang tunai RM25,353, wang tunai 100 Thai Bath serta sebiji pil warna hijau yang disyaki dadah di dalam beg silang yang dipakai suspek," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Menurut beliau saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes dibawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelas Wan Hassan, kejadian yang berlaku pada 1.30 tengah hari di Jalan Maharajalela itu berpunca setelah suspek yang memandu kereta jenis Toyota Altis telah memintas dan menghalang laluan kenderaan mangsa berusia 28 tahun itu.

"Suspek telah menyuruh mangsa yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan keluar dari kenderaannya sambil menunjukkan pistol di pinggangnya.

Disebabkan mangsa enggan keluar dari keretanya, suspek yang berang telah menendang serta menumbuk kereta hingga kemek sebelum mangsa memandu sejauh kira-kira 1.5 kilometer dengan diekori suspek sehingga ke dalam perkarangan Lower Club Perak," katanya.

Katanya lagi, suspek cuba menghampiri mangsa namun dihalang abang mangsa yang kebetulannya sampai di situ dan telah meminta wang sebanyak RM3,000 serta mengugut mahu membunuh mangsa.

Menurut Wan Hassan, pihak polis kini masih dalam siasatan berhubung wang tunai dalam jumlah yang banyak dimiliki suspek.

Suspek direman lima hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan