Remaja Maut, Rakan Parah Kereta Rempuh Tembok Homestay

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas kereta yang dinaiki merempuh tembok pagar rumah di Jalan Pantai Teluk Bidara, di sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa Nur Mastura Basiron, 20,maut di tempat kejadian manakala rakannya, Mohamed Mustaqim Mohamad Apan di, 20,cedera di kepala dan patah tangan kiri.

Ketika kejadian kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) di sini menghala ke bandar Dungun.  Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi nahas, kereta Proton Iswara yang dipandu Mohamed Mustaqim dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok pagar rumah yang dijadikan homestay itu.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketikadihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan menurutnya mayat Nur Mastura yang berasal dari Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

"Rakannya yang beralamat di Pekan Meru, Klang turut menerima rawatan di hospital yang sama," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: remaja , kemalangan maut

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan