Wanita Bercoli Hijau Mengamuk Di Stesen Komuter Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 30 tahun yang videonya melakukan kekecohan di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan menjadi viral, telah ditahan oleh pihak polis, lapor Sin Chew Daily.

Wanita itu, yang hanya memakai coli dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan telah mencabar seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bergaduh dan dia kemudian dilihat menjadi tidak terkawal.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata wanita itu ditahan pada Sabtu, sehari selepas video itu tersebar di media sosial untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan polis menunjukkan wanita itu telah pergi ke kaunter dan disambut beberapa pekerja di sana, tetapi kemudian dia dilihat berjalan ke arah platform dan menjerit pada pengguna.

"Oleh kerana keadaan dirinya menjadi tidak terkawal dan dia mahu membuka colinya, seorang kakitangan KTMB cuba menghalangnya tetapi wanita itu cuba untuk membaling kerusi kepadanya," katanya.
Tags / Kata Kunci: wanita mengamuk , video viral , coli hijau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan