Tiga Lagi Penjenayah Dipercayai Masih Bersembunyi Dalam Hutan

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga lagi anggota kumpulan penjenayah bersenjata yang ditembak mati di sebuah blok kosong kondominium Highland Towers, Hulu Klang, dekat sini semalam dipercayai masih bersembunyi dalam hutan berhampiran.

Semalam, tiga daripada enam suspek bersenjata dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun melibatkan kerugian RM545,900 di sekitar Selangor, ditembak mati selepas cuba menyerang polis dengan senjata tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata operasi mengesan ketiga-tiga suspek terbabit sedang dijalankan sejak semalam berikutan kawasan hutan berhampiran bangunan lama itu agak luas.

"Setakat ini, belum ada tangkapan terbaharu namun operasi menjejaki tiga suspek lelaki itu sedang dilakukan dengan lebih giat kerana kita percaya mereka masih berada dalam lingkungan kawasan kejadian.

"Status kewarganegaraan ketiga-tiga suspek yang ditembak mati semalam pula sedang dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen dijumpai namun disyaki mereka adalah warga asing," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan mesra ke atas pesakit-pesakit di Hospital Shah Alam di sini, Rabu, sempena sambutan Hari Polis ke-209 baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, serbuan di tingkat satu bangunan tinggal berkenaan menyebabkan suspek cuba menyerang polis terlibat sehingga terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai tiga daripada enam suspek berkenaan.

Mohd Adnan berkata siasatan mendapati kumpulan penjenayah tersebut menggunakan bangunan tinggal itu sebagai tempat persembunyian untuk melakukan samun setelah mengenal pasti sasaran rumah atau premis yang dikehendaki.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita yang dicampak ke dalam gaung di KM19, Jalan Gombak Lama, menghala Genting Sempah pada Ahad lepas.

Beliau berkata individu yang juga teman lelaki mangsa ditahan di sekitar Batu Caves dekat sini, kira-kira pukul 8.45 malam.

"Bagaimanapun, kita masih menyiasat lelaki berumur 36 tahun itu sama ada dia terlibat atau tidak dalam kes berkenaan dan motif kejadian tersebut. Siasatan juga mendapati wanita berkenaan berumur 34 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak," katanya.

Pada Ahad lepas, sekumpulan penunggang basikal menemui mayat seorang wanita dalam belukar di Genting Sempah, ketika berkayuh di kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi. -- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan