Isu Tanah Perda: AMK P.Pinang Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau  Pinang pada Rabu membuat laporan polis berhubung penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Kampung Tok Keramat, Seberang Perai Selatan (SPS) yang didakwa dijual pada harga di bawah pasaran.

Pengarah Strategik AMK negeri Mohd Radzi Idrus berkata laporan polis itu dibuat bagi memohon pihak berkuasa membuat siasatan lengkap berkaitan penjualan tanah itu yang kemungkinan terdapat unsur pecah amanah dan salah laku.

"AMK Pulau Pinang juga mahu polis menyiasat sama ada terdapat penyalahgunaan kuasa kerana PERDA sebuah agensi di bawah kerajaan.

"Kami ingin menamakan Datuk Shabudin Yahaya selaku Pengerusi PERDA merangkap anggota Parlimen Tasek Gelugor sebagai individu yang bertanggungjawab dalam mengakibatkan penjualan tanah milik PERDA ini di bawah harga penilaian pasaran," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini, Rabu.

Selain Mohd Radzi yang juga Ketua AMK Tasek Gelugor, Exco AMK Pulau Pinang Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa turut membuat laporan polis yang sama di IPD Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal.

Mohd Ikhwan Nasser yang juga Ketua AMK Bukit Mertajam berkata AMK negeri juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung penjualan tanah itu dalam masa terdekat.

Dalam sidang akhbar 1 April lepas, Shabudin berkata PERDA menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Shabudin berkata jika PERDA menjual tanah berkenaan pada harga nilai semasa maka rumah yang akan dibina akan dijual pada harga RM400,000 dan RM1.2 juta, sekali gus tidak dapat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar itu adalah RM16.6 juta.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan