Pusat Khidmat P. Ramasamy Dibaling Bom

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 12:24 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perai yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy dekat sini dibaling dengan bahan letupan dipercayai molotov cocktail awal pagi Selasa.

Kejadian itu menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran kecil di kaki lima serta pintu gelangsar besi pusat khidmat itu yang terletak di sebuah premis dua tingkat di Taman Chai Leng.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari seorang pekerja pusat khidmat berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.

"Bahan (letupan) yang dibaling itu meletup di hadapan pusat khidmat itu.

Terdapat kesan jelaga hitam di kaki lima dan pintu besinya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan itu bagi mengesan pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Rusli meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi  berhubung kejadian itu dan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta  menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu pengurus pusat khidmat tersebut R.Subramaniam, 60, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum ternampak api di bahagian pintu masuk tingkat bawah pejabat berkenaan.

"Saya menghubungi rakan saya untuk beritahu kejadian itu dan dia membuat laporan di Balai Polis Chai Leng Park. Kami turut memberitahu kejadian itu kepada Ramasamy," katanya.

Tags / Kata Kunci: P. Ramasamy

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan