Tiga Maut Termasuk Dua Rentung Kereta Bertembung

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Tiga lelaki maut, dua daripadanya rentung dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gelang Patah di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, pemandu kereta jenis Proton Iswara Mohd Suhaimi Mohd Nawi, 19, dan rakannya Muhammad Faris Zulkifle, 23, rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar akibat merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira.

Manakala pemandu kereta Proton Wira, Mohamed Shamsul Zangi, 45, pula meninggal dunia di Hospital Pasir Mas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Pegawai Bomba Kanan II Azuhan Ibrahim (he) berkata pihaknya menerima panggilan pukul 2.34 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama lapan anggota.

"Ketika tiba di tempat kejadian kita mendapati kedua-dua mangsa yang rentung itu tersepit di dalam kenderaan dan kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa selepas memadamkan kebakaran.

"Manakala mangsa yang berada dalam kereta Proton Wira itu pula dibawa ke Hospital Pasir Mas dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Suhaimi, Maimunah Senik, 41, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas berkata anak kedua daripada lima beradik itu baru sahaja kembali dari Kuala Lumpur kerana sedang mencari kerja di ibu kota.

"Saya menerima hakikat kematiannya macam ini dan redha dengan apa yang berlaku. Apa yang saya tahu sepanjang dia hidup dia banyak membantu keluarga," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Mohamed Shamsul, Noraini Yamin, 44, berkata suaminya dalam perjalanan bagi membaiki kereta di bengkel berdekatan.

Noraini berkata beliau mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa Mohamed Syamsul ketika melalui tempat kejadian dan tidak menyangka salah seorang mangsa adalah suaminya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rentung , kemalangan , Pasir Mas

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan