Polis Larang Dr Zakir Terlibat Dalam Forum 17 April

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 12:24 PM

Dr Zakir Naik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis tidak membenarkan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk terlibat dalam forum anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak membenarkan forum berkenaan diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

"@PDRMsia memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia," katanya di Twitter pada Isnin.

Forum 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan Antara Hindu dan Islam) dijadualkan diadakan di UTeM pada 17 April ini.

Kehadiran Dr Zakir di Malaysia menimbulkan kurang senang banyak pihak, dengan Pemuda MIC dilaporkan membuat beberapa laporan polis terhadapnya.

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) juga meminta kerajaan supaya melarang pendakwah itu daripada memasuki negara ini.

Dr Zakir yang merupakan Presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) memulakan siri dakwahnya di Terengganu pada minggu lalu, dengan jemputan daripada kerajaan negeri.

Beliau dijadualkan terlibat dalam forum "Is the Quran God's Word" di stadium hoki di Bukit Jalil pada 16 April ini.

Tags / Kata Kunci: Dr Zakir Naik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan