Polis Johor Terima Dua Laporan Salah Guna Media Sosial Kaitkan TMJ

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 10:36 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis Johor menerima dua laporan pada Jumaat dan Sabtu berhubung penyalahgunaan laman media sosial dengan melakukan penyamaran identiti yang mengaitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata laporan pertama  berkaitan pembukaan akaun Twitter palsu atas nama DYAM Tunku Mahkota Johor, menyunting gambar Tunku Mahkota Johor serta memuat naik kenyataan sensitif berhubung kepimpinan sebuah parti politik.

"Satu lagi laporan polis dibuat berhubung akaun Facebook yang memaparkan kenyataan Tunku Mahkota Johor bersifat menghina pemimpin negara. Kenyataan yang dikeluarkan itu bersifat jelik dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara," katanya menerusi kenyataan pada Ahad malam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata siasatan polis mendapati kenyataan berkenaan bukan dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor dan polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu menipu dengan menyamarkan diri.

"Polis Johor sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik Twitter dan Facebook terlibat.

Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan terpedaya dengan kenyataan mahupun gambar yang dipaparkan menerusi laman sosial tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail Sultan Ibrahim , TMJ

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan