Peserta Ultramarathon Temui Mayat Dalam Gaung

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Cabaran 'Route 68' ultramarathon tetap diteruskan tanpa halangan walaupun terdapat penemuan mayat wanita di dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Karak Lama di sini pada pagi Ahad.

Difahamkan sekumpulan penunggang basikal yang mengambil bahagian dalam cabaran berkenaan menemui mayat wanita itu terbaring di dalam gaung berkenaan.

Wanita itu yang kakinya terikat dengan tali dipercayai telah dibunuh.

Acara ultramarathon sejauh 50km dan 68km diadakan di sepanjang Laluan Persekutuan Route 68 (FR68) antara Gombak dan Bentong.

Pada tengah hari, peserta maraton yang berlari dan berbasikal melalui lokasi kejadian dilihat tidak mengendahkan mengenai insiden berkenaan.

Hanya beberapa orang dilihat berhenti untuk melihat keadaan mayat.

Sehingga pukul 2.30 petang, pasukan polis forensik dan unit K9 masih berada di lokasi kejadian.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan