Peniaga Ditahan Selepas Dakwa Diri Diculik - Berita Jenayah | mStar

Peniaga Ditahan Selepas Dakwa Diri Diculik

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 7:19 PM

Mohd Roy Suhaimi Sarif

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang peniaga yang mendakwa dirinya diculik bagi mendapatkan wang tebusan menjerat diri apabila ditahan polis di sebuah bank di Kajang dekat sini, Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata lelakiyang berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang ketika membawa keluar wang tebusan bernilai RM25,000 yang diperolehi daripada sepupunya. 

Katanya, suspek bertindak menghubungi sepupunya yang berusia 33 tahun pada pukul 2.30 petang pada hari kejadian dan mendakwa dirinya diculik empat lelaki.

"Suspek menghubungi sepupu dan meminta wang tebusan sebanyak RM60,000 serta berkata dirinya akan dibunuh oleh "penculik" sekiranya saudaranya gagal berbuat demikian. 

"Namun, selepas berunding mangsa telah memasuki wang tunai sebanyak RM25,000 ke dalam akaun milik suspek," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Mohd Roy berkata selepas menerima laporan daripada sepupu, pihaknya berjaya mengesan lokasi suspek yang berada di bank bagi mengeluarkan wang tebusan itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai kedai makan menghadapi masalah kewangan.  

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tipu diri diculik
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan