Lima Sindiket Seludup, Edar Dadah Guna Kurier Tumpas

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 3:33 PM

Beberapa buah beg tangan yang digunakan untuk menyeludup dadah yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik,dalam serbuan terhadap sindiket warga asing yang menggunakan perkhidmatan kurier dan kargo laut, dipamerkan ketika sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.
 - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan lima sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan syarikat kurier dan pengangkutan kargo laut dalam lima serbuan berasingan di ibu negara, Selangor dan Johor antara 1 hingga 6 April lepas.

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) itu menyaksikan empat warga tempatan dan 10 warga asing berusia dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun ditahan.

Pengarah JSJN Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM2.3 juta dengan berat keseluruhan 16.4 kilogram dipercayai diperoleh dari China untuk pasaran antarabangsa dirampas hasil serbuan dijalankan.

Dalam serbuan pertama di Taman Perindustrian Tasik Perdana, Puchong 1 April lepas, Mohd Mokhtar berkata pihaknya merampas satu kilogram dadah jenis syabu bernilai RM150,000 dan tiada tangkapan dilakukan.

"Dua hari kemudian, tiga serbuan dijalankan di Casa Residency di Kuala Lumpur dan sekitar Ampang menyaksikan dua lelaki Indonesia ditahan dan dadah seberat 0.9 kilogram bernilai RM135,000 dirampas.

"Manakala Isnin lepas, polis menahan dua wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia di Sungai Besi dan turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.3 kilogram bernilai RM45,000," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata dua lelaki dan seorang wanita Nigeria serta seorang wanita Indonesia pula diberkas dalam dua serbuan berasingan pada Selasa lalu di Petaling Jaya dan polis merampas dadah seberat 3.2 kilogram bernilai RM480,000.

Selain itu, Mohd Mokhtar berkata empat serbuan berasingan yang dijalankan di Johor Baharu pada Rabu lalu menyaksikan empat warga tempatan bersama seorang wanita Vietnam ditahan.

"Antara dadah yang dirampas adalah ketamin, ganja, candu dan heroin dengan berat keseluruhan kira-kira 11 kilogram dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

"Dalam pada itu, sitaan harta yang dirampas bernilai RM531,000 merangkumi wang tunai berjumlah RM14,408, beberapa utas jam tangan dan tujuh buah kereta," katanya.

Ditanya sama ada kelima-lima sindiket itu mempunyai kaitan, beliau berkata polis sedang menyiasat perkara berkenaan.

Katanya kesemua suspek direman selama enam hari sehingga 12 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan