Dua Pelajar Cedera Diserang, 16 Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 10:13 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pelajar sekolah menengah dipercayai menjadi mangsa kesilapan identiti setelah tersepit dalam pertelingkahan beberapa kumpulan pelajar sekolah dan individu di Jalan Wangsa Siaga di sini.

Dalam kejadian 2 petang semalam, kedua-dua pelajar berkenaan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah telah bertembung dengan beberapa kumpulan tersebut, yang kebanyakkan mereka menaiki motosikal.

Pelajar itu tiba-tiba dikejar lalu diserang kumpulan itu, yang menggunakan batang kayu, topi keledar dan batang besi.

Beberapa penduduk setempat, yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu mereka dan memaklumkan polis.

Polis tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata: "Akibat serangan itu, dua pelajar mengalami kecederaan di kepala dan mereka dibawa ke Hospital Ampang."

Zainuddin berkata salah seorang pelajar tersebut menerima 10 jahitan di kepala dan seorang lagi tujuh jahitan.

Susulan kejadian itu, polis menahan 12 individu di tempat kejadian semalam, manakala empat lagi ditahan hari ini, dan kesemua mereka berumur antara 16 dan 18 tahun.

Mereka akan membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, menurut sumber polis.

Sumber itu berkata pergaduhan itu melibatkan empat kumpulan daripada beberapa sekolah di sekitar Wangsa Maju, Keramat dan Ampang.

Difahamkan polis kini mencari 51 individu lagi bagi membantu kes berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan