Tiada Pelajar IPT Di Negeri Sembilan Terlibat Daesh

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 7:31 PM

Jaafar Mohd Yusof beramah mesra bersama pesakit kanak-kanak Nurul Fatihah Faizal,8, ketika melawat Hospital Tuanku Jaafar sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof  berkata tiada laporan diterima mengenai pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini dalam kegiatan militan Daesh.

Bagaimanapun pemantauan terus dilaksanakan bagi memastikan pengaruh gerakan pengganas itu tidak menular dalam kalangan pelajar IPT.

"Kita memang lakukan pemantauan berterusan berhubung khususnya aktiviti berkaitan Daesh tetapi setakat ini kita tidak nampak kecenderungan pelajar kearah Daesh dan kita juga tidak terima maklumat menyatakan pelajar institut pengajian tinggi terbabit Daesh," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan terdapat pelajar IPT terbabit dengan Daesh selepas melawat Hospital Tuanku Jaafar di sini sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 pada Khamis.

Jaafar turut berkata keadaan keselamatan di negeri ini adalah terkawal.

"Pemantauan bukan sahaja di IPT tetapi juga secara keseluruhan oleh pasukan khas kita termasuk dari bahagian cawangan khas," katanya.

Pada lawatan itu, Jaafar mengadakan lawatan ke wad pesakit lelaki, wanita dan kanak-kanak dan beliau turut melawat seorang anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) yang kudung kedua-dua kakinya selepas terbabit dalam kemalangan pada 13 Mac lepas. 

Dalam kemalangan itu, Lans Koperal Nur Faizal Hamzah, 27, yang menunggang motosikal telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.

Ketika kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, Nur Faizal dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur telah dilanggar di Lebuhraya Utara Selatan dekat Senawang.

Nur Faizal telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak empat tahun lalu dan ketika ini merupakan jurulatih kawad.

Isterinya Hamzalizah Lemat, 27, berkata menjadi rutin mingguan suaminya untuk pulang ke Melaka setiap cuti hujung minggu untuk bersama dia yang bekerjadi negeri itu.

"Saya reda dengan suratan takdir... ketika ini saya ambil cuti untuk jaga suami sepenuhnya," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , IPT

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan