Polis Tidak Akan Ulas Kes Penculikan Di Pulau Ligitan

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 7:12 PM

Khalid Abu Bakar (kiri).

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis tidak akan memberi sebarang ulasanlagi kepada media berhubung kes penculikan empat lelaki tempatan di Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat demi memastikan keselamatan mangsa buat masa ini dan meminta agar media bersabar sehingga kes itu diselesaikan.

"Saya minta maaflah kepada rakan-rakan media, saya telah mengarahkan semua orang (pegawai) untuk tidak memberi apa-apa ulasan.

"Kita mesti pentingkan keselamatan mangsa dahulu, walaupun saya tahu andaingin menulis sesuatu (perkembangan kes)," katanya ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Khalid menghadiri majlis penutupan mesyuarat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang berlangsung selama dua hari sejak Rabu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Mangsa culik yang kesemuanya berasal dari Sarawak dikenali sebagai Wong TeckKang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21 itu adalah kru kapal yang didaftarkan atas nama 'Masfive 6'.

Mereka diculik sekumpulan lanun bersenjata ketika dalam perjalanan pulang ketanah air setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

Mengulas mengenai Kho Jabing yang kini berdepan dengan hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh warga China Cao Ruyin di negara itu lapan tahun lepas, Khalid berkata pihaknya tidak akan mengesyorkan apa-apa saranan kepada kerajaan Malaysia atau Singapura mengenai Kho yang berasal dari Sarawak itu.

Pendekatan sedemikian diambil kerana percaya mana-mana individu yang telah melanggar undang-undang sah di sesebuah negara seharusnya bertangggungjawab keatas tindakan yang dilakukan, kata beliau.

"Kita tidak akan campur tangan. Sama juga di sini, saya tidak mengharapkan jabatan polis dari negara lain untuk datang dan campur tangan dalam apa jua kes melibatkan rakyat negara mereka di sini," katanya ketika menjawab sama ada terdapat usaha untuk membantu mengurangkan hukuman Kho dalam kes terbabit.

Kho, 31, yang berasal dari Ulu Baram, dikenakan hukuman gantung enam tahun lepas kerana membunuh Cao dalam percubaan merompak di Geylang Drive sebelum membuat rayuan pada 2013, berikutan pindaan terhadap hukuman mati mandatori.

Susulan itu, beliau dikenakan pula hukuman penjara seumur hidup serta 24 sebatan.

Bagaimanapun, awal tahun ini selepas rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Singapura membuat keputusan untuk mengenakan semula hukuman gantung sampai mati terhadap Kho melalui keputusan majoriti 3-2. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kes Culik Pulau Ligitan , Masfive 6

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan