Dua Beradik Rentung Dalam Bilik Tidur

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Batu 4, Kampung Batu 4, Ijok awal pagi Khamis.

Mereka dikenali sebagai Muhammad Darnish Irfan Muhd Azmi, 15, dan adiknya Muhammad Darnish Israk Muhd Azmi, 14, yang mayat kedua-duanya ditemui dalam bilik tidur yang sama di rumah itu.

"Ada dua lagi individu dalam rumah ketika itu iaitu ibu dan nenek dua beradik berkenaan yang dipercayai tidur dalam bilik berasingan.

"Bagaimanapun mereka sempat menyelamatkan diri," kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 pagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata berdasarkan laporan awal, api dipercayai bermula dari sebuah bilik tengah di rumah berkenaan yang kemudian merebak dengan cepat.

Beliau berkata ibu mangsa, Zuriyana Marjunit, 40, telah menjerit kepada anak-anaknya supaya keluar daripada rumah yang sedang terbakar itu, namun kedua-duanya dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri.

"Rumah berkenaan dihuni lima individu termasuk pak cik kepada adik-beradik berkenaan yang tiada di rumah ketika kejadian.

"Nenek mangsa pula Sainah Saidi, 70, sempat menyelamatkan diri ketika api sedang marak," katanya.

Menurut Roslan, punca awal kebakaran dipercayai akibat litar pintas.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan