Polis Tahan Dua Lelaki Jual Kereta Klon Mewah Dari Singapura - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Dua Lelaki Jual Kereta Klon Mewah Dari Singapura

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 7:30 PM

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad (kiri) menunjukkan salah sebuah kereta klon mewah dari Singapura yang dirampas. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis melumpuhkan sindiket menjual kereta klon mewah dari Singapura dengan tertangkapnya dua lelaki di Taman Perling di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata suspek terdiri daripada warga tempatan dan Singapura, kedua-duanya berusia 22 tahun.

Beliau berkata kedua suspek ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Perling kira-kira 5 petang dan turut ditemukan enam kereta klon bernilai RM800,000.

"Antara kenderaan yang dirampas termasuk Nissan Murano, BMW 523i, Toyota Previa, Honda Civic FD, Volvo dan Honda Airwave yang dijual pada kadar murah iaitu antara RM3,000 hingga RM10,000 setiap unit," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mohd Taib berkata pihaknya turut menjumpai nombor pendaftaran kenderaan dan cukai jalan palsu, sebuah komputer dan mesin pencetak bagi membuat cukai jalan Singapura dalam tangkapan itu.

"Kedua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kenderaan ini masuk ke Malaysia seawal tiga bulan sebelum tarikh sijil kelayakan kenderaan tamat.

"Kemudian, ia dijual kepada pembeli melalui pelbagai cara termasuk menerusi laman sosial Facebook," tambahnya.

Susulan dari itu, polis kini giat memburu empat lagi suspek termasuk seorang lelaki warga Singapura berusia 45 tahun yang dipercayai menjadi dalang kegiatan  berkenaan.

Kedua suspek akan ditahan reman sehingga 18 April ini bagi membantu siasatan, kata Mohd Taib.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai duti kastam atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya.
Tags / Kata Kunci: kereta klon , kereta mewah , Mohd Taib Ahmad
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan