Dua, Termasuk Penjawat Awam Ditahan, Syabu Dan Daun Ketum Bernilai RM10,064 Dirampas - Berita Jenayah | mStar

Dua, Termasuk Penjawat Awam Ditahan, Syabu Dan Daun Ketum Bernilai RM10,064 Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 11:22 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam selain daripada merampas syabu dan daun ketum bernilai RM10,064 pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Adzli Abu Shah berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 21 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 3.30 pagi di Batu Enam Jalan Pantai Port Dickson.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui daun ketum yang telah direbus seberat 8.4kg yang disorokkan di bahagian belakang kereta," katanya.

Susulan itu, beliau berkata polis menyerbu rumah suspek di Teluk Kemang beberapa jam kemudian dan ditemukan 26kg lagi daun ketum menjadikan jumlah rampasan daun ketum seberat 34.4kg.

"Selain itu kita turut menemui syabu seberat 35.5 gram," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Adzli berkata ketika serbuan, salah seorang daripada suspek didapati positif dadah.

"Kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39 A (2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tags / Kata Kunci: syabu , daun ketum , penjawat awam , Adzli Abu Shah
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan