Wanita Warga Emas Mati Dipukul Suami Mabuk - Berita Jenayah | mStar

Wanita Warga Emas Mati Dipukul Suami Mabuk

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 10:36 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Berang ditegur kerana mabuk, seorang warga emas berusia 60 tahun dipercayai sanggup memukul isterinya hingga mati menggunakan batang mop di rumah mereka di Seksyen 20 pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa berusia 60 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di kepala.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam selepas suspek yang dipercayai mabuk pulang bersama isterinya dari rumah anak saudara mereka di Taman Sri Muda di sini.

"Berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu kerana suspek mabuk. Suspek kemudian bertindak memukul isterinya yang tidak melawan dengan sebatang mop. Selepas dipukul mangsa baring di atas kerusi panjang.

"Suspek kemudian terus masuk ke dalam bilik dan tidur," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Shafien, suspek hanya menyedari isterinya telah meninggal dunia kira-kira 9.30 pagi ini apabila mendapati mangsa tidak bergerak.

Katanya, suspek yang menghidap kencing manis bersama seorang anak saudaranya berumur 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini, untuk bedah siasat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: pukul isteri hingga mati , mabuk
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan